Maksud

Sajak Kukup Perang : Maksud

MAKSUD

Rangkap 1


Peperangan akan mengakibatkan kezaliman dan penindasan serta membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain. Namun begitu kita perlu bersyukur kerana walau dihimpit kesengsaraan oleh perang masih ada insan yang berani untuk bangkit berjuang walaupun dalam keadaan dikongkong dan disekat kebebasannya. Dia juga masih dapat memberikan harapan masa depan yang lebih baik. Timbul persoalan tentang siapakah pemimpin yang sejati.

Rangkap 2


Kita tidak sempat menganalisis dan berfikir untuk masa depan ketika konflik dan pertarungan untuk memegang tampuk kekuasaan. Pertentangan menjadi permusuhan yang menimbulkan pelbagai tafsiran yang mengelirukan. Timbul persoalan siapakah yang akan memusnahkan pendusta?

Rangkap 3


Sekiranya pejuang tersebut seperti Tuah, kita masih tidak dapat menyanjunginya sebagai seorang panglima yang paling gagah kerana keampuhan kesetiaannya terhadap kerajaan bukan menjadi ukuran teguhnya neraca keadilan. Kadang-kadang kesetiaan itu dimusnahkan oleh pengadu domba. Kesannya memberikan kesengsaraan dan penderitaan serta menjatuhkan maruah negeri.

Sekiranya pejuang tersebut seperti Jebat, kita tidak boleh melabelkannya sebagai pengkhianat kerana kita masih mengingati keadilan yang musnah kerana fitnah yang bermaharalela. Ada orang mengaguminya sebagai tokoh pejuang.

Rangkap 4


Perebutan kuasa telah melenyapkan pelbagai tipu daya yang sering dikaitkan dengan kepalsuan. Akhirnya, telah mengembalikan kebenaran kepada haknya, memberikan kesejahteraan dan melenyapkan perasaan dendam.