GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

GERINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP  : Maksud (Komsas Tingkatan 5)

(Za’ba)



MAKSUD


Rangkap 1 - Orang yang kurang berfikir dan belajar hidupnya akan tersasar/mengakibatkan mereka salah langkah.


Rangkap 2 - Sesiapa yang bercakap kurang sopan dan biadap akan mengalami bencana.

Rangkap 3 - Sesiapa yang suka bergaduh sesama sendiri hidupnya akan diselubungi kesedihan.


Rangkap 4 - Sekiranya mempelajari ilmu separuh jalan/ tidak selesai tidak akan berguna dalam kehidupan

Rangkap 5 - Ilmu pengetahuan boleh diperolehi sekiranya belajar dengan tekun.


Rangkap 6 - Dunia merupakan tempat untuk bergaul dan berinteraksi serta mencari rakan yang sesuai.

Rangkap 7 - Sesiapa yang melakukan kebaikan namanya akan disanjung sepanjang zaman.


Rangkap 8 - Orang yang menganiayai orang  lain akan dimurkai oleh Tuhan.

.................................................................................