KUDUP PERANG (Tuah Sujana)

KUDUP PERANG  (Tuah Sujana)

MAKSUD

Rangkap 1


Peperangan akan mengakibatkan kezaliman dan penindasan serta membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain. Namun begitu kita perlu bersyukur kerana walau dihimpit kesengsaraan oleh perang masih ada insan yang berani untuk bangkit berjuang walaupun dalam keadaan dikongkong dan disekat kebebasannya. Dia juga masih dapat memberikan harapan masa depan yang lebih baik. Timbul persoalan tentang siapakah pemimpin yang sejati.

Rangkap 2


Kita tidak sempat menganalisis dan berfikir untuk masa depan ketika konflik dan pertarungan untuk memegang tampuk kekuasaan. Pertentangan menjadi permusuhan yang menimbulkan pelbagai tafsiran yang mengelirukan. Timbul persoalan siapakah yang akan memusnahkan pendusta?

Rangkap 3


Sekiranya pejuang tersebut seperti Tuah, kita masih tidak dapat menyanjunginya sebagai seorang panglima yang paling gagah kerana keampuhan kesetiaannya terhadap kerajaan bukan menjadi ukuran teguhnya neraca keadilan. Kadang-kadang kesetiaan itu dimusnahkan oleh pengadu domba. Kesannya memberikan kesengsaraan dan penderitaan serta menjatuhkan maruah negeri.

Sekiranya pejuang tersebut seperti Jebat, kita tidak boleh melabelkannya sebagai pengkhianat kerana kita masih mengingati keadilan yang musnah kerana fitnah yang bermaharalela. Ada orang mengaguminya sebagai tokoh pejuang.

Rangkap 4


Perebutan kuasa telah melenyapkan pelbagai tipu daya yang sering dikaitkan dengan kepalsuan. Akhirnya, telah mengembalikan kebenaran kepada haknya, memberikan kesejahteraan dan melenyapkan perasaan dendam.


TEMA

Peperangan mengakibatkan kezaliman dan mencetuskan semangat perjuangan

Peperangan menyebabkan kezaliman, penindasan dan perasaan dendam. Selain itu, peperangan juga mencetuskan semangat perjuangan untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.


PERSOALAN

1.            Pengorbanan diri untuk orang lain.

Contoh: kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

2.            Kesan peperangan.

Contoh: dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain.

3.            Menegakkan keadilan

Contoh: menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan penindasan demi menegakkan keadilan.

4.            Kesetiaan terhadap negara

Contoh: setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang didiaminya.

5.            Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks.

Contoh: Tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan bukan penderhakaan kepada raja.


BENTUK SAJAK

1.         Terdiri daripada enam rangkap.


2.         Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama; sebelas baris, rangkap kedua; sepuluh baris, rangkap ketiga; sepuluh baris, rangkap keempat; enam baris, rangkap kelima; lapan baris dan rangkap keenam; empat baris.


3.         Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris.


4.         Bilangan suku katanya antara empat hingga tujuh belas suku kata.


5.         Rima akhirnya tidak sama.


GAYA BAHASA

1.         Personifikasi - sering mengudupkan putik dendam, kerana membenarkan sepasang mata, untuk berlari dengan tangan bergari, teramat lara kita menjahit semula


2.         Metafora - mengudupkan putik dendam, menumbuhkan kelopak rahsia, Perang pun melecurkan lidah muslihat


3.
Anafora -
untuk berlari dengan tangan
bergari


untuk sehari lagi; sambil bertanya:

4.         Responsi  -mewarnakan keindahan pada hodohnya

menjungkitkan amarah pada damainya


5.         Sinkope  - Andai namamu Tuah, Andai namamu Jebat,


6.         Simile  -  seperti perawan


NILAI

1.            Keberanian – penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.


2.            Keadilan – Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.


3.            Keinsafan – penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menggugat kedamaian hidup.


4.            Kerajinan – usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan hidup semula selepas peperangan perlu dilakukan.


PENGAJARAN

1.            Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah tentang sesuatu perkara yang benar.


2.            Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan demi menjaga maruah diri dan keluarga.


3.            Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada kita sebagai seorang pemimpin.


4.            Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang memimpin sesuatu organisasi.


5.            Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi memastikan kesempurnaan sesuatu organisasi yang kita pimpin.


.

PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS (Sazalee Yacob)

PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS  (Sazalee Yacob)

MAKSUD


Rangkap 1

Seorang petani yang miskin menghantar anak perempuannya ke menara gading untuk menuntut ilmu.


Rangkap 2

Si bapa mengharapkan kebebasan yang diberikan mampu menjadikan anaknya seorang yang tabah dan kuat berbekalkan akal untuk keluar/meloloskan diri dari cabaran yang sukar.


Rangkap 3

Walaupun berada di menara gading namun masih terdapat anasir-anasir yang jahat,kejam dan keji yang mampu melalaikan seseorang.

Di menara gading, penyajak baru mengenali erti kehidupan dan mula timbul perasaan megah/ sombong sehingga membuang/melenyapkan sikapnya yang baik.


Rangkap 4

Si bapa mengharapkan agar anaknya mampu menempuh segala dugaan dan tidak pulang dengan kegagalan.


TEMA


Harapan bapa dalam memberi pendidikan kepada anak-anak. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka memperoleh pendidikan yang sempurna. Walau bagaimanapun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak sewaktu berada di menara gading.


PERSOALAN


1.            Persoalan pentingnya ilmu dalam kehidupan.

Contoh;          Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu

Memesrai azimat dan tangkal


2.            Persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak. Contoh: Kuhantar kau mengecapi angin baru
Udara lain dari kampung bendang kuningmu

3.            Persoalan menjaga maruah diri di perantauan. Contoh : Pandai-pandailah kau terbang

Menongkah awan mulus dan kabus dingin


4.            Persoalan menuntut ilmu hingga mencapai kejayaan.

Kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu

Memesrai azimat dan tangkal

Dari tangga gading



BENTUK SAJAK


1.         Terdiri daripada empat rangkap.


2.         Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama; lapan baris, rangkap kedua; enam baris, rangkap ketiga; enam baris dan rangkap keempat; lima baris.


3.         Jumlah patah kata dalam setiap baris antara tiga hingga enam patah kata dalam satu baris.


4.         Bilangan suku katanya antara lima hingga lima belas suku kata.


5.         Rimanya tidak sama.



GAYA BAHASA


1.      Sinkope -          Kuhantar kau mengecapi angin baru

udara lain dari kampung bendang kuningmu

bumantara asing dari yang sering kaumesrai

dengan suasana suntimu

kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu


2.         Responsi  -Kuhantar kau mengecapi angin baru

kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu


3.         Anafora  -Di awan kampus yang sarat ilmu

di pohon kampus yang tegar status

di padang kampus yang hijau pertimbangan


4.         Metafora -mengenal kalimat hujan dan bilah petir

menyelit antara sembilu nasib dan waras akal.

5.
Perlambangan  -
burung
kebebasan


sembilu
kesedihan yang disebabkan oleh cabaran


tangga gading
universiti

6.      Imejan atau imej alam            -  Kuhantar kau mengecapi angin baru

udara lain dari kampung bendang kuningmu kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
dari tangga gading.



NILAI


1.            Kasih sayang – penyair sebagai bapa amat sayang akan anak gadisnya.


2.            Keberanian – keberanian penyajak sebagai seorang bapa melepaskan anak gadisnya untuk menuntut ilmu.


3.            Baik hati – penyajak sebagai bapa bersikap baik hati dengan memberikan nasihat kepada anak gadisnya yang berada jauh di kampus.


4.            Kecekalan – anak gadis dinasihatkan oleh bapanya agar cekal menghadapi cabaran dan dugaan di universiti.


PENGAJARAN


(a)          Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.


(b)          Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita sukai.


(c)          Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan pada masa depan.


(d)          Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.


(e)          Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah ke bandar.


(f)           Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia di mana-mana sahaja kita berada.


(g)          Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain.


(h)          Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.


(i)            Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan.


.